Monday, June 1, 2020

5 Lokasi "Insta-Worthy" di Pulau Jeju

Jeju Island ataupun Pulau Jeju merupakan pulau yang mempunyai banyak tempat menarik dan "insta-worthy".  Sudah sampai di tempat yang cantik, semestinya anda ingin merakam detik-detik indah di sana dan post di instagram bukan? Sebab saya pun macam anda juga :D.

Di sini saya senaraikan 5 lokasi "insta-worthy" di Pulau Jeju yang saya berkesempatan kunjungi semasa trip musim luruh 3 tahun yang lepas pada 2017. Ada banyak lagi tempat menarik tapi saya senaraikan 5 sahaja buat masa ni. 

1. Bomnal Cafe

Bomnal Cafe terletak di East Sea di Aewol-eup, ia merupakan sebuah cafe kecil yang agak terkenal. Ia berada bersebelahan dengan Monsant Cafe kepunyaan penyanyi K-Pop, G Dragon. 

Bomnal Cafe merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran drama Warm & Cozy (Mendorong Ttottot) yang dibintangi oleh Yoo Yeonseok dan Kang Sora. Ia juga popular kerana pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik di sini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Bomnal Cafe klik di sini.





2. Sinchang Windmill Coastal Road

Perjalanan di sepanjang Sinchang Windmill Coastal Road sangat memukau pemandangan. Jalan di sepanjang pesisir laut memberikan pemandangan yang sangat indah. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kincir angin di sini untuk menjana tenaga elektrik daripada angin. Jangan lupa juga untuk perhatikan lighthouse, walking bridge dan arca stainless steel berbentuk seekor ikan sepanjang 16 meter  (ikan termahal di Korea Selatan, berharga 2000,000 won sekilogram!).






3. Hallasan

Hallasan ataupun dalam bahasa melayunya Gunung Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan di mana ketinggiannya mencapai 1950m dari paras laut. Hallasan terbentuk daripada letusan gunung berapi dan merupakan landmark terkenal di Pulau Jeju. Tersenarai sebagai salah satu daripada lokasi UNESCO World Heritage, anda boleh mendaki gunung ini secara percuma namun pendakian hanya dibenarkan pada waktu siang dan pendaki perlu turun sebelum matahari terbenam.

Ahjumma bersedia untuk mendaki Hallasan :)

Trail pendakian bermula di sini

Jalan untuk ke tapak pendakian Hallasan

4. Saebyeol Oreum

Saebyeol Oreum juga merupakan kawah gunung berapi dan paling cantik dikujungi semasa musim luruh. Ini disebabkan di sepanjang musim luruh terdapat rumput Eulalia ataupun silver grass yang sangat memukau pemandangan. Anda boleh mendaki ke puncak kawah untuk menikmati pemandangan Aewol-eup tanpa dikenakan bayaran masuk.

Eulalia @ Silver Grass






Di lautan Eulalia @ Silver Grass

5. Jusangjeolli Cliff

Jusangjeolli Cliff adalah tebing yang terbentuk apabila Hallasan meletus dan melimpahkan lava ke laut Jungmun. Batu-batunya berbentuk heksagon tersusun sempurna seperti diukir dengan tangan. Pemandangan yang menakjubkan. Tiket masuk berharga 2,000 won dan masuk adalah percuma untuk warga emas. Anda boleh turun tangga ke viewing platform untuk melihat batuan ini dengan lebih dekat.

Kesan hakisan angin dan air








No comments:

Post a Comment