Wednesday, August 1, 2018

Bomnal Cafe di Pulau Jeju

Annyeong! Dah lama sebenarnya berniat untuk mula blogging semula tetapi disebabkan kekangan masa, kekeringan idea dan juga kemalasan tahap tertinggi, hari ni barulah berpeluang untuk menulis post pertama. 

Kebanyakan post saya akan berkisar tentang pengalaman travel saya. Saja, mau berkongsi pengalaman ke tempat-temat menarik di bumi Allah ini. Untuk post pertama ni, saya nak bercerita sedikit tentang trip ke Pulau Jeju pada musim luruh tahun lepas. Saya ke Pulau Jeju pada akhir bulan October 2017. Banyak sebenarnya tempat menarik yang saya lawati semasa di Pulau Jeju. Tapi untuk post pertama ni saya akan menulis serba sedikit tentang tempat yang menjadi penyebab utama trip saya ke Pulau Jeju.


Bomnal Cafe, Aewol-eup, Jeju

Pernah anda dengar tentang Bomnal Cafe? Saya sememangnya jatuh cinta dengan gambar dan pemandangan di atas ini. Itu gambar yang saya ambil menggunakan fon kamera sahaja tanpa sebarang edit. Bomnal Cafe merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran drama Warm & Cozy (Mendorong Ttottot) yang dibintangi oleh Yoo Yeonseok dan Kang Sora. Popular juga kerana pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik di sini. Drama dan cafe inilah yang menjadi penyebab utama saya ingin mengunjungi Pulau Jeju. Sangat puas hati apabila dapat menjejakkan kaki ke sini.

Hadapan Bomnal Cafe


Sedikit tentang Bomnal Cafe. Ia merupakan sebuah cafe kecil yang agak popular terletak bersebelahan dengan Monsant Cafe kepunyaan penyanyi K-Pop, G Dragon. Lokasinya di hadapan Hamdal Beach juga menyediakan guesthouse / hostel untuk pengunjung yang berminat untuk bermalam di sini. Beroperasi setiap hari dari pukul 12pm ke 8pm kecuali pada hari pelepasan am. 


Sekiranya anda memandu di Pulau Jeju seperti saya, masukkan nombor kod GPS 7994999 untuk ke sini. Di Pulau Jeju, nombor kod GPS merupakan nombor telefon lokasi tersebut. Saya memandu melalui Aewol Coastal Road untuk ke sini.

Saya sudah mula merindui Pulau Jeju dikala menulis entri ini. Jika ada peluang lagi, saya akan kembali ke pulau yang sangat cantik ini. 





Pintu tengah
Latte terasa lebih sedap ditemani pemandangan sebegini :)

Bunga-bunga yang comel

Pemandangan di dalam Bomnal Cafe
Di bahagian belakang Bomnal Cafe
Monsant Cafe kepunyaan G Dragon bersebelahan dengan Bomnal Cafe